Tuesday, April 28, 2009

nyawa-nyawa ikan....

mataku yang tak bisa buka sepenuhnya..ingin sangat nak bersantai tu....baring di atas katil yang kepunyaan aku bersama dengan anak babi dan selimut daripada sayangku...emosi ku macam saham bursa aje...sekejap naik sampai mendadak....sekejap pula turun sampai ke neraka tu...mungkin itu adalah PMS yang dikatakan oleh kawan-kawan ku...

biar aku ceritakan apa pasal emosi ku boleh menjadi bagai ombakan di lautan china selatan tu....

aku menerima sepucuk mesej dari salah seorang rakan sekelas ku....dia memberitahu bahawa si nelson tu enggan menyemak kertas ujian kita dengan alasan yang tak bermasuk akal...dia berpendapat bahawa sesiapa yang menggunakan liquid paper ataupun yang jenis tape tu semasa ujian dijalankan tergolong dalam pelajar yang meniru...badak sumbu tu...aku tak tau dia tu sama ade terlalu malas nak menyemak kertas ujian tu ke atau nak membalas dendam terhadap pelajar-pelajar farmasi...bagiku, sekiranya si nelson tu mendapati ada pelajar yang meniru semasa ujian itu..mengapa dia tidak terus menangkap pelajar-pelajar yang terlibat dan membatalkan kelayakan mereka..dia harus tahu siapa yang terlibat dan bukannya melibatkan sesiapa yang guna liquid paper...entah nak labelkan dia tu tak berakal ke atau apa la...sekiranya pelajar tu nak meniru, tak bermakna dia akan mengguna liquid paper...dia boleh menggaris tulisannya....jika macam ni...72 orang pelajar meniru dan semua gagal dalam biostat....memang inginku nak lempang si nelson tu...

hari ni...aku menang dia tu semasa main pool...haha mungkin dia tu pura-pura bagi aku menang la...mungkin juga aku menang dengan kebolehan ku...haha perasan sangat....lepas tu, aku emo pula...lebih-lebih lagi kena dibuli....nangis tak berhenti-henti....nasib baik akhirnya ade pujukan...jika tidak, dah banjir kilat tu di seluruh kl....haha...


No comments:

Post a Comment